Sunday, May 31, 2009

Total Football

Rabu lepas nonton game Barca vs Man U..Walaupun aku seorang kipas susah mati Man U, tapi aku agak kagum dengan corak permainan Total Football. Barcelona memang gah dengan Total Football yang memerlukan permainan pantas, direct pass, sabar dan pemainnya yang, tiada posisi sama sekali. Penyerang boleh menjadi pertahanan, pertahanan boleh naik menjaringkan gol. Tetapi corak ini memerlukan stamina yang agak tinggi. Aku pengikut Total Football dan aku sangat sukakannya. Memang puas hati dapat tengok pasukan yang bermain TF.

Pep Guardiola suatu masa dulu merupakan anak didik Johan Cruyff sewaktu zaman bermain di Barca. No wonder, Pep juga menggunakan Total Football, mengikut langkah legenda Total Football dari Belanda ini. Cruyff merupakan seorang pakar dalam Total Football. Beliau merupakan tenaga penggerak dalam pasukan Belanda ketika itu. Jika anda hidup pada zaman World Cup 1974 atau pernah melihat aksi pasukan Belanda pada masa itu, anda pasti kagum dan, terkedu. Tak percaya? Sila lihat video dibawah.



Cuba lihat permainan yang penuh sabar Barca ketika lawan Liverpool di bawah.



Sehingga kini, tiada pasukan yang dapat menandingi pasukan Belanda ketika itu dari segi pengamalan Total Football. Di era ini, permainan sebegitu mungkin tidak lagi diguna pakai, yang ada pada hari ini adalah campuran Total Football dan sistem taktikal yang lebih dititikberatkan. Oleh sebab itu, anda tidak akan dapat melihat pasukan yang bermain seperti pasukan Belanda 1974 pada zaman ini. Sila buktikan jika aku salah.

Tuesday, May 26, 2009

Layang-layang






Ketenangan...Tiada kata mampu dilafazkan~~~

Tuesday, May 19, 2009

Petua Suara Sedap

Petua ni simple, kalau nak suara sedap, jangan makan daging kambing..Makan makanan berteraskan kambing akan membuatkan suara anda menjadi sengau. Akan tetapi kebaikannya suara sengau anda itu boleh meruntun hati. Contohnya pak-pak Arab..Suara mereka sedap, tengok aja Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdurrahman as-Sudais dan Sheikh Dr Saud Ibn Ibrahim as-Shuraim

Sila lawati Quran Explorer untuk mendengar bacaannya..jangan lupa save favourite link dalam PC ya..

Monday, May 11, 2009

Petua Awet Muda

Sebelum tidur, amik segelas air masak dan letak sebelah katil. Bangun je pagi esok, sebelum gi gosok gigi, minum air masak tu sampai habis, komoh-komoh sikit dan telan sampai habis..
Petua sangat mudah, tapi ada impak jugak. Korang kena membiasakan diri ditegur orang ramai yang mengatakan anda nampak lebih muda macam Benjamin Button zaman 'muda'nya..Lelaki dibawah ni model yang mengamalkan petua ini..Nampak muda, bukan?Selamat mencuba..